Esok.. hurm. iya esok.
Pedulikanlah hari esok.
Hari ini masih belum tentu lagi bernyawa sehingga ke tengah malam.
Allah..
hati ini tidak boleh menipu.
mujurlah kini, aku sudah yakin yang Engkau sentiasa mengerti.
Syukurku pada Mu ya Rabb..
... Wahai hati, tolong kuat ya? tolong bersabar.. tolong ya?
... Wahai hati, berjanjilah untuk setia mencintai Allah dalam senang dan susah.
... Wahai hati..tetaplah dalam fitrah Islam.. Tolong mengerti dan tolong jangan disakiti lagi,
Wahai hati, saya sayang awak.. saya nak awak gembira mentaati Allah.. oleh itu, belajarlah untuk memaafkan dhaifnya saya.. kerana saya tak sempurna.. dan saya perlukan ketidaksempurnaan itu supaya saya sedar n dapat terus bergantung harap hanya pada Allah.
No comments:
Post a Comment