Tuesday, 9 August 2011

ayah.. kau inspirasiku.

semalam aku menghubungi ayah.. mendengar suara ayah tak mampu untukku menahan titisan air mata dari mengalir.. ku gagahi juga, getaran suara ku sorokkan.. ku tidak mahu ayah tahu aku sedang bersedih..
...........................................................
sewaktu masih keanakan, kali pertama aku dimasukkan ke dalam hospital, ayah mengangkat aku ke bilik kecemasan.. sentiasa berada di sisi aku.. membenarkan kata - kataku walau semua mengatakan aku berdusta.. mendukungku ke sana ke mari.. kerana waktu itu kerusi roda terlalu lengah tiba..

sewaktu awal remajaku, kebencian dalam diriku kian melonjak..aku sengaja tidak mahu ke sekolah, macam - macam helah ku lakukan.. puas sudah aku memalukan ayah.. tapi ayah tetap di sisiku.. gigih memberi semangat untukku meredah ujian2 kehidupan..

sewaktu aku berada di bawah.. melihat rakan - rakanku di atas.. ayah memberiku harapan.. meneguhkan kembali keyakinan diriku.. aku berusaha melawan diriku sendiri.. ayah sentiasa ada di situ.. memastikan aku tidak berasa payah..

sehingga satu saat.. aku sudah tidak mampu lagi berdiri.. aku rebah dan terlantar .. aku langsung bisu..tidak lagi menjadi aku.. dunia ku rasa suram dan muram..

............................................................................
setiap malam ayah dan ummi bergilir2 membaca ayat - ayat quran ditepi telingaku.. sehingga aku bisa lelap.. satu ketika aku terjaga dan mendengar ayah teresak2 dalam sujudnya..

.............................................................................

march 2011- khabar berita itu sgt menyakitiku.. aku memegang tangan ayah.. " ayah, bacakan adik ayat Quran.. adik sangat sedih.."

lalu ayah membacakan surah ibrahim ayat 39-41 :

"segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tuaku Ismail dan Ishak. Sungguh, Tuhanku benar - benar Maha Mendengar ( memperkenankan) doa. Ya Tuhanku jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap melaksanakan solat ya tuhan kami, perkenankanlah doa ku.Ya Tuhan kami, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan semua orang yang beriman pada hari diadakan perhitungan (hari kiamat)"

ayah memandangku .."seorang ayah juga manusia.. maafkan ayah jika ayah tidak menjaga adik dgn baik"

aku tergamam.. remuk hati kerana selama ini.. sungguh durhaka aku pada ayah..sungguh aku mementingkan diriku sendiri.. sedang aku bermain2.leka dengan pentas kehidupan, aku lupa ayah yang akan dipertanggungjawab atasku.. aku menggadaikan kasih sayang ayah dengan dosa2ku.
.........................................................................................

ya Allah.. andai dapat ku serahkan semua pahala ibadahku kepada ayahku..agar dapat menggantikan semua duka yang terpaksa ayah lalui kerana kedegilan dan keingkaranku..

ya Allah .. ampunkan kedua ibu dan bapaku, mereka tiada salah dalam mendidikku.. jauhi mereka dari azabMu..