Monday, 19 November 2012

HIDAYAH.. BE STRONG!

A049
Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu (wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh).
A050
Dan bahawa azabKu, ialah azab yang tidak terperi sakitnya, (bagi mereka yang tetap dalam kederhakaannya).
A055
Mereka menjawab: "Kami mengembirakanmu dengan jalan yang sungguh benar; oleh itu janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang berputus asa".

A056
Nabi Ibrahim berkata: "Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat"
A088
Janganlah engkau menujukan pandanganmu (serta menaruh hati) kepada nikmat kesenangan yang kami berikan kepada beberapa golongan di antara mereka (yang kafir itu) dan janganlah engkau merasa dukacita terhadap mereka (kerana mereka tidak beriman dan tidak dapat menguatkan Islam sebagaimana yang engkau harapkan); dan sebaliknya hendaklah engkau merendah diri kepada orang-orang yang beriman (sekalipun mereka dari golongan fakir miskin)

A094
Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu

A095
Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawalmu dari kejahatan orang-orang yang mengejek-ejek dan mempersendakanmu, 



A097
Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan
A098
Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud.
A099
Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin


al-hijr.






Tuesday, 6 November 2012

huh.

Esok.. hurm. iya esok.

Pedulikanlah hari esok.

Hari ini masih belum tentu lagi bernyawa sehingga ke tengah malam.

Allah..

hati ini tidak boleh menipu.

mujurlah kini, aku sudah yakin yang Engkau sentiasa mengerti.

Syukurku pada Mu ya Rabb..

... Wahai hati, tolong kuat ya? tolong bersabar..  tolong ya?

... Wahai hati, berjanjilah untuk setia mencintai Allah dalam senang dan susah.

... Wahai hati..tetaplah dalam fitrah Islam.. Tolong mengerti dan tolong jangan disakiti lagi,

Wahai hati, saya sayang awak.. saya nak awak gembira mentaati Allah.. oleh itu, belajarlah untuk memaafkan dhaifnya saya.. kerana saya tak sempurna.. dan saya perlukan ketidaksempurnaan itu supaya saya sedar n dapat terus bergantung harap hanya pada Allah.



Sunday, 4 November 2012

SEBAK.

semalam sama2 dgn adik-adik " bunga bunga syurga"

cantiknya diorang..

nangis... sambung nangis lagi..

sayangnya pada weekenders.. sebab ALLAH.

Allah beri macam-macam....

Allah kata.. , "Aku ampunkan dan AKU TAK PEDULI"

Allah sayang semua hambanya..

Tak sanggup buat Allah marah lagi..