Thursday 5 April 2012

kawan baru

Ku titipkan post ini khas buat sahabatku "KAWAN BARU".. sebagai memori cerita kita...

berapa kali kau menyamar menjadi "ajnabi", memberi sms dengan nombor palsu .. untuk mengajarku berhati - hati dengan dunia luar.. menegur sikapku yang peramah tak tentu hala..

tatkala di sekolah, belajar paling utama buatmu.. seawal pagi mengulangkaji addmath dkt katil atas.. aktif persatuan dan juga pengawas.. kagum dengan displinnya dia terhadap penggunaan masa. Masa getirku, kau banyak menggembirakan aku..

ingat tak waktu kita sama - sama keluar bandar? itu lah kali pertama aku menjejakkan kaki ke kedai buku.. waktu itu, aku agak terperanjat sebab tidak memahami apa yang seronoknya dengan membaca buku...tapi saat itu aku rasa gembira, ada KAWAN BARU yang sudi menemukan aku dengan kedai buku... sampaikan sekarang, tempat yg aku mesti pergi kalau jalan2 ialah kedai buku..

bergayut atas telefon sampai pagi.. aku gembira KAWAN BARU suka dengar aku bercakap..katanya suaraku manja.. haha.. tu dulu lah not anymore sekarang.. ramai cakap aku garang sekarang~

KAWAN BARU selalu cakap padaku " kau budak pandai.. takpe la.." sampai satu saat sedang dia meniti kejayaan, dan aku baru mula bangkit dari kegagalan... dia mengingatkan aku " sebenarnya pandai itu adalah usaha..." dan kini aku pegang kata - kata tu.. walaupun dia pun tak igt dia pernah cakap camtu.. hihi

hari ini, aku gembira dengan kejayaan KAWAN BARU menjadi seorang doktor.. walaupun pengalaman hidup kita berbeza, kita sama- sama berjuang.. dan aku bersyukur pada Allah kerana mengenali diri mu.. banyak yang aku pelajari darimu..

Semoga Allah berkati persahabatan kita... meredhai hayat kita di dunia hingga ke hari akhir kelak.. amin.. jumpa di jannah inshaAllah..

khas buat : DR.NUEZZ KARIMAL ;-) tahniahhhhhhhhhh

No comments:

Post a Comment