Monday, 2 February 2015

post ini aku tulis.. sedang saat menunggu pulang suamiku..

sudah dua minggu aku di sini.. menemani suami berjuang dengan usaha PHD beliau.

aku jadi teringat...memori di imegresen pintu masuk lapangan terbang Manchester..

itu bukan kali pertama aku ke sini..

namun, setiap kali-kali sebelumnya, aku tidak ditemani siapa pun/

aku seorang.

saat itu, dia menegaskan pada pegawai imegresen.. " She is coming with me.. She is my wife"

Aku terkesima.. Meneliti saat ini aku hadir ke Bumi Manchester sebagai seorang isteri..

Tugasku sudah berbeza.. Tanggungjawab yang ku galas tidak sama ketika aku solo.

Perjalananku di bumi ini sentiasa bersilih ganti agendanya.. Kadang sedih, kadang luka, kadang gembira..

Setiap memori yang ku lalui menjadikan aku lebih berani bertuhan..

Suami ku yang ku nikahi, aku tidak punya latar belakakangnya..

Suami meminangku atas dasar cintanya pada Illahi.. berserah dia pada Tuhan.. walau tidak pernah dia bertemu denganku.. apatahlagi menyulam perhubungan cinta antara kami.


Kami berserah.. sepenuhnya pada Tuhan. untuk menulis cinta kami..

Kami redha sepenuh jiwa raga kami.. atas apa yang telah tertulis di Luh Mahfuz..

Saat ini aku bersyikur...

Kerana suami, yang tidak aku kenali, adalah teman yang paling akrab hatinya dekat padaku.

Ajaib cinta Allah itu.. Ajaib rahsia Allah itu..

Dipegangnya hati manusia..

Dibolak balikkan untuk diuji nafusnya..

Ku catit memori indah ini..

di sini..

agar kekal bersemadi cinta kita..


Terus kekal genggam cita-citamu sayang..

Bismillah/

Aku sudah tekad.

Kali ini.

=)

InshaAllah.

seronok membahagiakan seorang suami

BAHAGIA..

saat bangun pagi,
memikirkan menu untuk santapan suiami
sebelum dia ke kantor urusannya.

bahagia.
saat mendapat titipan mesej ringkas,
"syg...abg sudah sampai ni. jaga rumah baik baik"
pantas hatiku memohon doa..
mohon Tuhan menjaganya..

bahagia.
saat dia pulang,
senyuman paling manis..
terbit dariku..
tanda rindu yang  amat padanya.

bahagia.
saat dia bergurau senda..
rajukku tak terhirau..
diketawa dan disakat..
geram sehingga pecah dadaku..
tetap lirikan gembira pada wajahnya..
kecundang hatiku..
jatuh cinta membahagiakan dia..

bahagia,
saat dia memeluk dan merangkulku..
katanya padaku..
cintanya padaku hanya1%. selebihnya pada Tuhan..
tiada lagi kata dapat ku syukuri..
dia mencintai ku kerana Tuhan ku..

bahagia..
detik-detik kesusahan..
kekal memegang erat tanganku..
mendidikku yakin...
harusnya susah dahulu,
senangnya dituai nanti..

abg,
aku bahagia...
mempunyai kamu sebagai suamiku..

- 2/2/15-