Monday, 2 February 2015

seronok membahagiakan seorang suami

BAHAGIA..

saat bangun pagi,
memikirkan menu untuk santapan suiami
sebelum dia ke kantor urusannya.

bahagia.
saat mendapat titipan mesej ringkas,
"syg...abg sudah sampai ni. jaga rumah baik baik"
pantas hatiku memohon doa..
mohon Tuhan menjaganya..

bahagia.
saat dia pulang,
senyuman paling manis..
terbit dariku..
tanda rindu yang  amat padanya.

bahagia.
saat dia bergurau senda..
rajukku tak terhirau..
diketawa dan disakat..
geram sehingga pecah dadaku..
tetap lirikan gembira pada wajahnya..
kecundang hatiku..
jatuh cinta membahagiakan dia..

bahagia,
saat dia memeluk dan merangkulku..
katanya padaku..
cintanya padaku hanya1%. selebihnya pada Tuhan..
tiada lagi kata dapat ku syukuri..
dia mencintai ku kerana Tuhan ku..

bahagia..
detik-detik kesusahan..
kekal memegang erat tanganku..
mendidikku yakin...
harusnya susah dahulu,
senangnya dituai nanti..

abg,
aku bahagia...
mempunyai kamu sebagai suamiku..

- 2/2/15-




No comments:

Post a Comment