BILA MASA SESUAI NAK APLIKASI.. " BIAR LAMBAT..ASAL SELAMAT?"
1) tak apa, biar lambat sikit penuhi keinginan beli barang baru.. tunggu grand sale..biar lambat asal selamat duit..
2) tak apa, biar lambat sikit masuk universiti.. family perlu duit..masuk politeknik dulu murah sikit..
nanti financial family dah stabil, boleh sambung universiti.. biar lambat asal selamat hati mak ayah..
3) tak apa,biar lambat sikit pergi KFC/PIZZA/MC DONALD Dan lain-lain...nanti mesti jumpa makanan lain lg sihat dan murah.. selamat kesihatan badan..
4) tak apa,biar lambat sikit FACEBOOK,MAIN GAME,tengok KOREAN MOVIES..siapkan dahulu tanggungjawab yang lebih utama... selamat dari dosa membuang masa dan tidak menyempurnakan hak yang sepatutnya..
5) tak apa,biar lambat sikit marah-marah orang... selamat maruah diri dan emosi pun terjaga.
6) tak apa, biar lambat sikit nak merungut... selamat jiwa dari kufur nikmat..
BILA MASA SESUAI NAK APLIKASI.. THE SOONER THE BETTER?
1) SOLAT! : The sooner the better setelah masuk azan..
2) Melangsaikan hutang.. : the sooner the better
3)a- Menyelesaikan tanggungjawab" setiap orang adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap apa yagn dipimpin" (riwayat bukhari) : assignment dan kelas untuk student, work load dan meeting untuk orang dah bekerja
b- Menyelesaikan tanggungjawab keluarga : seorang anak, isteri, suami, ibu dan bapa.
4) Memenuhi janji : the sooner the better..
5) Nikah..haipp! sabar~.. ini special case..the sooner the better bila sudah lepas semua syarat wajib secara Islam..
* KESIMPULAN : Cuba sedaya upaya untuk "detach" atau memisahkan diri dari perkara - perkara yang menyebabkan kita leka dari tanggungjawab sebenar kita sebagai hamba Allah dan Khalifah bumi..*
" Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?" (Surah AL-Anaam 6:32)
No comments:
Post a Comment