Sunday, 8 May 2011

hulurkan TELINGA(+)TANGAN (-) MULUT=ringankan beban

apabila kita terserempak orang istimewa atau yang ditimpa musibah.. apa yang kita fikirkan?

1) kasihannya dia.. dia tak ada kaki..nasib baik aku ada kaki boleh jalan..boleh lari
2) janganlah jadi dekat keturunan aku..mintak jauh sangatlah..
3) jangan fikir banyak2, nanti jadi pulak kat aku..esok lusa tak tahu
4) alamak..aku tengah bawak barang banyak ni, aku pun tak mampu nak tolong dia..

lalu tiba - tiba orang istimewa itu memberi salam dan mengajak bersembang..

Uncle : how are you..young man..
Ali : i am good.. ( errr.. i should be asking this question)
Uncle : oh, you are staring at my invisible legs? hahaha...
Ali : no sir.. i am sorry..i did not mean it..
Uncle : oh, do not mention it son..self- pity brings no good.. :-)
Ali : can i help you in anyways so that i should not feel guilty standing here doing nothing to help you?
Uncle : what makes you think i need help?
Ali : hurmm..because you have disability?
Uncle : Son, this is a "gift" from Allah..with this gift i started to believe "..Allah sufficeth me: There is not god but He: On Him is my trust - He the Lord of the Throne (of Glory) Supreme! ( surah at-taubah 9:129)

Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar (9:129)
....................

Apabila sahabat kita menghadapi kesulitan contohnya masalah kewangan..apa yang kita ungkapkan?

1) kesiannya dekat awak.. saya nak tolong ..tapi awak pun tahu..saya sendiri pun tak cukup duit..
fikir semula..adakah ini akan membantu sahabat kita?atau sekadar lepas tanggungjawab kita "bertanya"?

2) saya kesian dekat awak..Semoga Allah memurahkan rezeki awak..
fikir semula.. adakah ini sekadar melepaskan tanggungjawab atleast mendoakan dia?

3) ataupun kita cuba share makanan dengan dia..memberi cadangan untuk memperbaik keadaan dia ..sambil berdoa dengan seikhlas hati semoga Allah memudahkan segala - galanya dan cuba perlahan - lahan menjelaskan bahawa tiada siapa yang dapat mengubah persepsi nasibnya melainkan dirinya sendiri dan fokus kebergantungan kepada Allah.

bg pendapat saya.. sorokkan rasa kasihan kita pada orang yang ditimpa kesusahan adalah lebih baik..agar dia tak begitu terasa kesedihannya..agar dia tak terasa malang..

Selain menghulurkan MULUT dengan menyatakan simpati dan kasihan.. adalah lebih baik menghulurkan TELINGA dan TANGAN.

PART ONE.. TELINGA?

1) bezakan sahabat kita sama ada dia a)hanya mahu perhatian,b)mahu kita memberi bantuan/cadangan, atau c)mahu kita sekadar mendengar.

bermasalah : aku ada masalah kerja la..bos aku bg amaran pertama..
pendengar : oh... amaran tu pasal apa?

a- bermasalah : pasal apa lagi.. bos aku tu memang perangai macam tu..tak pernah puas hati kat aku,sentiasa cari salah aku..
b- bermasalah : pasal bulan lepas prestasi aku tak berapa baik.. aku rasa nak cuba cari kerja lain lah..
c- bermasalah : pasal bulan lepas prestasi aku tak berapa baik..aku dah jumpa dengan bos bincang macamana.. dia kata dia bagi peluang lagi sebab aku bukan sengaja buat macam tu..

PART TWO : TANGAN?

Bila kita hulur tangan.. ada beberapa tips untuk membantu dengan bijak tanpa buat orang dibantu rasa malang~

1) Harus diingat.. yang mana tanggungjawab dan yang mana sedekah.. ahli keluarga termaktub merupakan tanggungjawab kita yang utama.. orang selain itu,pemberian dikira sedekah..maka fokuskan bantuan terhadap ahli yang memang termaktub keluarga benar..kerana itu tanggungjawab wajib,tiada kompromi..akan dipersoalkan akhirat kelak.. selebihnya, lanjutkan bantuan sebagai sedekah kepada yang lain.

2)bertanya bila perlu.. ingat, bila kita bertanya kita menggalas tanggungjawab.. jadi kalau sekadar nak cakap simpati kat orang tu ( bg pendapat saya bukan benar2 nak bertanggungjawab) , lebih baik diam, memerhati dan mendoakan dari hati..simpati dr mulut sebenarnya menyakitkan..

(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar ( surah al-baqarah 2:197 )

3) dan tangan yang dihulur, keadaan yang lebih baik adalah yang mulutnya tidak menyebut - nyebut,yang bukan dengan riaknya untuk tontonan ramai.

Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik) dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan ( surah al-baqarah 2:271 )

No comments:

Post a Comment