Friday 8 April 2011

'ibrah 3 orang kakak pada adiknya

saya ada 3 orang kakak yang hebat.. kenapa??



kakak sulung saya hebat

dia dah kembali ke rahmatullah pd usia yang muda.. pemergiannya terkesan pd saya..setelah itu baru saya yakin kematian itu tak kira umur..dan setiap nafas dihela harus bersyukur kerana masih punya waktu untuk taubat...tak ada apa yang lebih bermakna selain kejayaan menyentuh hati insan lain pulang ke jalan ISLAM..

kakak kedua saya hebat...

dengan hanya melihat tingkah laku dan tindakannya, saya belajar erti kehidupan..kebergantungan hidupnya pada Allah mengharungi dugaan melanda menjadi inspirasi buat saya...kepandaiannya dalam bidang akademik selalu jadi pembakar semangat untuk saya mencontohinya..bila tanya camana cara dia belajar.. simply dia jawab " aku belajar kerana Allah"
seorang muslim tak harus begitu merisaukan result apa dapat sebab itu urusan Allah (qada' n qadar)..tapi fokus pada usaha dan kebergantungan kita padaNya.. apabila kita memahami satu ilmu.. belajarlah berfikir untuk selesaikan masalah ummah selain hanya berfikir tentang kepentingan diri sendiri..andai tak berjaya bermuhasabahlah "yaAllah..tunjukkan aku jalan yang lurus.." kerana perjalanan mencari keredhaan Allah bukan senang.. Selepas kesusahan..ada kesenangan..diikuti kesusahan lain.. dan kesenangan lain..itu memang lumrah..

kakak ketiga saya hebat..

orangnya cantik, manis..tutur katanya lemah lembut tp sgt tegas dalam pendirian.. pandai masak,menjahit,mengurut refleksologi, suka bisnes..pakej lengkap..walaupun ramai lelaki nk mendekatinya.. Cintanya pd Allah mendahului segala2nya.. dia mengajar sy erti cinta sebenar..tak pernah berputus asa memberi nasihat pd saya.. ketika saya terlantar sakit..sepanjang malam membacakan ayat2 suci al-Quran ke telinga saya, memastikan saya tidur dengan lena tanpa sebarang gangguan..bila saya masuk hospital, sanggup amik public transport . dari bus ke ktm ke bus ke taxi .. berejam2 menghabiskan masanya menunggu.. demi menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang kakak..

kakak- kakak saya mungkin tak se"cool/sempoi/gile2" mcm kakak2 di luar sana.. tp mereka PEMALU.. bila berkata, mereka malu untuk bukak aib sapa2 ..bila berpakaian mereka malu untuk bertabarruj lebih2an..bila kat rumah mereka malu kalau duduk sahaja tak tolong ummi/ayah/tuan rumah.. tp ada satu je diorang tak malu.. diorang tak pernah malu untuk mintak maaf dgn adik - adik jika mereka tersilap..

syukur ke hadrat Allah dikurniakan kakak2 yang hebat seperti ini..Ya Allah..sungguh aku sangat sayang pada kakak - kakak ku... setiap kebaikan yang terjadi pd diriku adalah 'ibrah daripada kakak2ku.. oleh sebab itu, redhakanlah hidup mereka dunia dan akhirat..

No comments:

Post a Comment