Friday 10 June 2011

awak kan pandai, dapat biasiswa...

Dengan nervous, Halimah menekan butang menyemak keputusan biasiswa.

>>>> Dukacita dimaklumkan permohonan anda TIDAK BERJAYA <<<<<

Alhamdulillah..." Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6)"... itulah janji Allah dalam surah ke 94 dalam Al-Quran..

................................................................................................

Bushra : wah Halimah..saya tak pernah pun bukak journal. semua kena sekat.

Halimah : eh, pakai via universiti pun kena sekat? cuba pakai ini.. ( sambil mengajar buka journal)

Bushra : Pandailah awak Halimah..

Halimah : eh.. saya tak sepandai awak.. awak kan dapat biasiswa..

Bushra senyum2 bangga diiktiraf pandai..padahal Halimah memerli Bushra.

...............................................................................................

Siti : Handphone dah tak best..nak tukar baru ah..Eh Halimah jom gi lowyat..

Halimah : Bila nak pergi?

Siti : Tunggu duit biasiswa masuk.

Halimah : Eh, mak ayah ape khabar?

Siti : Ok je..dah lama tak balik.

Halimah : call lah diorang..

Siti : Busy sikit sekarang, assignment banyak.

Halimah : Awak kan pandai, dapat biasiswa..assignment tu easy the pieces jer.

Siti senyum2 bangga diiktiraf pandai.. padahal Halimah perli Siti kata busy tapi gi lowyat sanggup pula.. sampai telefon mak ayah pun berkira..Yelah..orang ada biasiswa..

..........................................................................................

Sebenarnya,Halimah tinggal serumah bersama Siti dan Bushra..

Siti dan Bushra sibuk mengemas bilik, memastikan bilik rapi sebagai persediaan"mood study", exam dah dekat..kalau sangkut biasiswa kena tarik..Manakala Halimah mengemas dapur.

Siti : Halimah, kenapa suka cuci- cuci rumah pakai cuka dengan garam?

Halimah : ini namanya bikarbonat lah..bukan garam.. sebab dua benda ni jarang guna buat masak, saya guna la.

Bushra : eee..busuk lah tangan nanti.

Halimah : cuka acidic, soda bikarbonat neutralizes acids and breaks down proteins. It is especially effective for cutting through dried-on grease and for combating stains.

Siti : alahh..menyusahkan ajer lah. baik beli ready made detergant kat kedai.. tinggal gosok aja.

Halimah : Owh, awak ada duit biasiswa tak apa lah nak beli2..saya kena belajar survive untuk hidup, mengikut kemampuan apply je apa ada..

...............................................................................................

Sekiranya anda pemegang biasiswa kerajaan, setiap duit yg digunakan dari biasiswa itu adalah hasil titik peluh rakyat yang diamanahkan kepada anda, kelak akan dipersoal Allah bagaimana setiap wang tu dibelanjakan. Fahami.. bacalah perjanjian yg ditandatangani.

If you are a scholarship holder, it doesn't mean you have the right to look down other people. It is a gift from God and it comes with big responsibility.. Life is a test.

No comments:

Post a Comment