Saturday, 23 April 2011

AYAM CAKAP DENGAN ITIK

AMARAN : SILA BERLAPANG DADA SEBELUM MEMBACA ^_^

seekor ayam berjalan - jalan di tepi sawah lalu jumpa dengan itik..ini dialognya :

ayam : Kok..kok.. itik oo itik..kau tahu tak.. aku ni penat la kerja siang- siang hari.. kejut manusia ni suruh bangkit solat subuh... ada ke patut dia baling aku dengan selipar.. kira untung la aku nak tolong.. silap2 haribulan aku kena sembelih, diorang jugak kenyang.. pelik manusia ni.

itik : quek..quek... ayam ni cakap ape la aku tak paham..belasah je la cakap ape2..pagi tadi aku pergi bersiar - siar kat tepi tasik, kotor betul tasik sekarang ini.. aku nak bertelur pun kena cari tempat elok takut kena curi manusia suka sangat makan, katanya telur aku masin..

ayam: betul lah kau cakap, cantik betul matahari hari ini.. nyaman jer udara..

itik : anak aku da ada 4 ekor dah.. mana aku bertelur lagi..

itik dan ayam terus berjalan beririingan sampai ke destinasi yang dituju walhal diorang tak pernah dapat faham ape yang dicakapkan.



^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^

saya analogikan ayam itik ni dengan dunia pekerjaan di malaysia.." hangpa mana taw.. hangpa tak penah jadi mcm kami"

doktor bercakap tentang hak2 working hoursnya yang melampau2 banyaknya..dan gaji yang tak setimpal

guru bercakap tentang hak2 sistem pendidikan yang caca marba..dan gaji yang tak setimpal

engineer bercakap tentang hak2 industri negara yg perlu diupdatekan.. dan gaji yang tak setimpal

lecturer bercakap tentang hak2 beban research n kerja admin yg bertimpa2...dan gaji yang tak setimpal..

lawyer kena adapt dengan undang2 negara dan kes2 yg tak termasuk propaganda vs true story .. dan still bayaran caj tak setimpal..

boleh buat pelbagai list kalau nak marah dengan sistem,terus membanding gaji dan kerja dengan negara luar.. tapi akhirnya yang Allah nilai adalah diri kita sendirii.. by the way, YOU are the one yang choose your life untuk jadi professionals.. berhati2 ketika merungut, kufur nikmat nanti.

bak kata michael jackson:
" im starting with the man in the mirror,i asked him to change his ways,and no message could have been any clearer, if you wanna make the world a better place, take a look at yourself and then make change"

ayam dengan itik takkan boleh faham kerana they are not in the same shoes..even diorang dedua jenis bird.
pekerjaan - pekerjaan diatas tu kira professionals lah kan..

pernah tak fikir penat cleaner sapu sampah kena panas terik ? pernah naik lori sampah yang angkat sampah rumah sampai landfill?

seharian jaga anak - anak complain bising, penat, letih.. bayangkan nurseri yang jaga puluh2 budak yang nak dilentur lagi akhlaknya..

pernah fikir kerja2 pertahankan negara?
pernah rasa tak makan makanan dari tong sampah?
pernah rasa senapang kene hala dekat badan? kalau kita di tempat - tempat ni, mampu tak kita tahan camana mereka ni bertahan?


semua manusia tu ada kelebihan masing- masing,lagi berilmu, lagi bersyukur, lagi tunduk menyembah Allah , lagi mahu berbakti pada sejagat kerana kita semua equally adalah HAMBA..

bila bekerja kita jadi KHALIFAH.. doktor, cikgu, lawyer jaga kebajikan manusia.. engineer,inventors jaga kebajikan alam sekitar..

apabila masing - masing jelas niat dan matlamat ini, rungutan tetap ada tapi ia takkan berpanjangan dan akan reda..ini datang dengan konsep keikhlasan,niat dan redha.. semua orang alami kesusahan ikut kemampuan masing - masing..

gaji besar tu semua orang nak dan kena usaha.. tapi Allah yang izinkan rezeki tu.. lagi besar gaji, lagi banyak kena tanya kat akhirat kelak..

ADAKAH AKU TELAH MENJADI HAMBA DAN KHALIFAH YANG BERSEDIA UNTUK DISOAL JAWAB KELAK?

PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI TERUTAMANYA AGAR SELALU BERSYUKUR DAN BERINGAT TENTANG KESUSAHAN ORANG LAIN.. Astaghfirullah... Masih mahu merungut lagi? fikir2 kan lah..


karya diilhamkan dari hasil temubual bersama real doktor pakar, professor, lawyer, cleaner dan cikgu...
masih mencari akauntan, askar yg betul2 gi berperang dan pekerjaan2 lain dalam dunia ini untuk berkongsi rasa.. hihi~

No comments:

Post a Comment