Friday, 22 April 2011

Tak Mahu lah.. nanti kena kata dek orang~

<<<<< perkara ini terjadi masa mula - mula naik sekolah rendah >>>>>

sejak itu mula berkawan, sejak itu mula nya " awak ni gemuk lah.." " awak ini cantik lah" " pandainya.. mana awak belajar?" " mak saya kan pandai buat kek" " mak saya kan.. selalu cakap bla bla"

naik ke darjah 6 .." dia ni poyo lah , selalu angkat tangan jawab soalan", " nak ampu cikgu lah tu tolong angkatkan buku dia", " kaki panjang, tendang bola macam itik"...

SEJAK INI LAH.....bermulalah dilemma " tak mahu lah, kene kata dek orang"

1) nak pakai tudung tak? rasa macam nak pakai.. tapi macam hipokrit..pakai tudung perangai tak ubah..nanti - nanti lah pakai tudung, bila dah berubah semua ready lah baru pakai tudung..malu lah kena kata dek orang nanti..


2) uish.. aku ni semua orang tahu puasa pun tak pernah.. tapi teringin gak nak solat, puasa macam member lain.. biaq pi la..aku tak biasa la, kang kena cakap buang tebiat pulak.


3) hm.. rasa bersalah malukan mak ayah keluar dating ni.. alaaa, aku kan dekat KL.. orang negeri memang takkan tahu lah aku buat apa dekat sini, aku kan belajar...sayang la kat relationship ni.. buat apa nak takut? kat sini tak ada sapa kenal.. tak apa lah, tak kena kata dek orang punya...


4) alamak.. result turun la sem ni..sem depan kena belajar sungguh- sungguh la.. ( sebulan selepas itu...) aiseyhmen.. aku ni beriya je belajar pinjam buku tebal-tebal kat library..tak baca pun.. masuk kelas bengap jugak.. buat malu kat orang ja..konon belajar tunggang tebalik, tak paham jugak.. haish.. give up mcm ni!


5) nak baca quran lah .. ehem..kang orang kata aku ni macam tunjuk baik sangat pulak.. nanti la baca kat tempat sunyi2..bahaya - bahaya..nanti riak pulak baca quran depan orang.. kejap - kejap lagi la baru baca...




Orang memang takkan berhenti bercakap.. baik pun kena cakap, buruk lagi lah kena canang macam berita terkini..

Oleh itu, toksah la dok malu kat orang.. malu kat Allah nuhh.." kalau aku buat ni, Allah suka ke tak?"

Syaitan tu kan dah berkurun hidup dengan manusia... macam- macam helah dia bagi kat kita nak bagi kita rasa takut dengan apa orang akan kata.. sebab itu

1) SEGAN DAN MALU TU PERKARA BERBEZA!!

- MALU : HAYA' Sebagai benteng iman
- SEGAN : KHAJAL tu " Malu tak bertempat"

2) Orang yang beriman takkan segan - segan bila buat kebaikan.. tapi sangat malu untuk melakukan keburukan.

Jika kamu tidak berasa malu, buatlah apa yang kamu suka kerana Allah akan membalas perbuatan kamu itu.
(surah Fussilat:40)


3) "Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela.." surah al humazah :1

KITA TAK PERNAH TAHU ORANG YANG KITA JUMPA HARI INI YANG BURUK BENOR ~ BAGI PENDAPAT KITA, ANDAI ALLAH BUKA PINTU HIDAYAH DALAM HATINYA, JADI JAUH LEBIH HEBAT DARI KITA..

No comments:

Post a Comment