Abu melihat di cermin.. lalu menitiskan air matanya mengenang ejekan - ejakan kawan - kawan di sekolah.. "Abu..kau ni dah lah hitam..rongak..tak ada gigi.. macamana kau nak makan? pakai gusi ke? hahahaha"
kali ini Abu tidak mampu lagi menahan rasa marahnya.. melihat ke sudut tangga, dicapainya kayu..dengan penuh dendam ingin dipukul sahaja kawan - kawannya..tetapi loceng sudah berbunyi.. perhimpunan akan bermula sebentar lagi.. guru disiplin sudah berdiri memerhatikan setiap seorang murid..lantas kayu itu dicampaknya..berbisik sendirian " ahh.. sudah lah.. terimalah hakikat..kau memang hitam..kau memang rongak..tiada guna terus - terusan menyimpan dendam"
Abu sugul sepanjang hari..setiap kali cikgu bertanya soalan kepadanya..hanya senyuman tawar yang dibalasnya..memastikan senyuman itu tidak menampakkan giginya yang ompong..kerana tidak sanggup mendengar bisikan - bisikan " eh.. dia tak ada gigi lah..kekekekeke", " kasihannya.. kulit gelap, gigi rongak mcm ugly duckling"..
.....................................................................................
Abu menghempas begnya di atas sofa rumah.. lalu dilihatnya gambar kedua arwah ibu dan bapanya.."bagaimana wajah ummi dan abi yang sungguh cantik..bisa melahirkan aku yang sungguh gelap" ..nenek Abu menyapa lamunannya itu.."cucu nenek mesti lapar, nenek dah masak daging goreng USA hari ini" Abu merenung tajam pada neneknya, dari rambut turun ke kening..turun ke hidung.. akhir sekali ke barisan gigi nenek.. lantas dengan spontan dia bertanya " nenek!! nenek lagi teruk dari Abu.. gigi langsung tak ada..nenek kunyah pakai gusi ke daging itu?" nenek ketawa dan menjawab " Abu sedih kerana gigi Abu patah akibat kemalangan tempoh hari?" Abu mengangguk lemah.. " kawan - kawan Abu semua gelakkan Abu.. sekarang Abu dah tak boleh bercakap dengan siapa- siapa..kalau Abu ni 10 tahun ada harapan la nenek nak tumbuh lagi..ni dah 17 tahun..mana boleh nenek,harapkan duit simpanan nak pakai gigi palsu nanti" nenek senyum dan menyambung bicaranya " Abu.. Abu lupa ya kisah Abu Ubaidah Ibnul Jarrah, kisah Bilal bin Rabah yang ummi dan abi selalu ceritakan waktu Abu kecil dahulu?"
.....................................................................................
Abu sedih kerana kehitaman wajahnya..sedang sebenarnya belum ada perempuan yang layak untuk mendapat ciintanya.. hanya perempuan yang berilmu dan beriman akan menghargai cerita Bilal Bin Rabah..walaupun hanya sebagai budak belian yang berkulit hitam tapi kedudukannya di sisi Allah lebih tinggi..kisah dan peribadi Bilal bin Rabah sangat hebat,malah jauh lebih hebat dari artis- artis pojaan..senyuman terukir di bibir Abu..Allhamdulillah, wajahku yang hitam akan selalu mengingatkan aku agar aku mencontohi Bilal Bin Rabah..
..............................................................................................
Dahulu Abu malu menjadi "si ompong".. ketika bersiar- siar di taman.. dia melihat seorang kanak - kanak sedang menangis..dia menghampirinya lalu bertanya " wahai adik ku yang manis, kenapa menangis?" kanak - kanak itu lantas terus tertawa melihat gigi Abu yang rongak.."gigi abang pun rongak macam saya,hahaha" Abu turut sama tersenyum dan tertawa, tangannya diletak di bahu kanak - kanak itu.." abang ada cerita best tentang gigi rongak ini, lepas dengar ni adik jangan sedih sebab gigi adik rongak lagi ok?" kanak - kanak itu menumpukan perhatian kepada cerita Abu..
Abu bakar As-shiddiq menceritakan ...
"di waktu perang Uhud,RasulAllah S.A.W ditimpa anak panah hinga dua buah rantai masuk ke kedua belah pipinya bahagian atas, saya segera berlari mendapatkan RasulAllah S.A.W...kemudian ada seorang yang datang bagaikan terbang dari arah timur..maka kataku " Ya Allah moga - moga itu merupakan pertolongan " tatkala kami sampai kepada rasulAllah S.A.W, orang itu merupakan Abu Ubaidah yang telah mendahuluiku ke sana serta katanya " Atas nama Allah, saya minta kepada anda wahai Abu Bakar agar saya dizinkan untuk mencabutnya dari pipi RasulAllah S.A.W....!" Saya pun membiarkannya, maka dengan gigi mukanya Abu Ubaidah mencabut salah satu rantai baju besi penutup kepala RasulAllah sehingga ia terjatuh ke tanah dan bersamaan dengan itu jatuhlah pula sebatang gigi manis Abu Ubaidah..kemudian ditariknya pula mata rantai yang kedua dengan giginya yang lain hingga sama tercabut"
Abu melanjutkan ceritanya... Abu Bakar As-Shiddiq dan RasulAllah SAW amat terharu melihat kesetiaan dan pengorbanan Abu Ubaidah. Betapa sayang dan cintanya pada RasulAllah sehingga rela giginya hilang.. sejak itu dikalangan kaum muslimin, Abu Ubaidah dikenali sebagai si ompong kerana kedua gigi atas dan gigi bawahnya telah hilang..
Kanak - kanak itu terus melompat dan gembira " abang, kalau macam tu..tak apa lah.. saya tak kisah gigi saya rongak.. sebab Abu Ubaidah yang dijamin masuk syurga pun rongak!!" ..Abu senyum.." Gigi tu pun nikmat dari Allah.jangan sedih kalau gigi adik tak ada sekarang, nanti inshaAllah boleh tumbuh lagi" kanak - kanak itu terus berlalu dengan riang..
.....................................................................................
Pakar kecantikan boleh bercerita tentang Bilal Bin Rabah bila orang asyik nak wat bleaching kulit.. Pakar gigi boleh cerita tentang Abu Ubaidah bila budak2 takut nak cabut gigi...ibu bapa boleh pujuk anak- anak dengan kisah-kisah sahabat.. ini semua hidden story yang dah dilupakan..
No comments:
Post a Comment