Saturday, 23 April 2011

a robot , a monkey or a real human?~?

AMARAN : INI ADALAH BACAAN RINGAN - RINGAN .. NO HEART FEELING~ NO ACCUSATION~

Selasa,30 Februari 2019- Kerajaan negara Gua-Lu terpaksa membuat keputusan yang mengejutkan semua rakyatnya kesan dari ekonomi negara itu yang tidak stabil. Perdana Menteri Gua-Lu berkata hampir 20% kakitangan kerajaan terpaksa dibuang kerja. Hal ini selari dengan slogannya " Kualiti lebih baik dari kuantiti" dan menggalakkan rakyatnya untuk menceburi bidang lain agar lebih mampu berdiri di atas kaki sendiri andai berlaku kejadian tidak diingini seperti gempa bumi dan tsunami. Tumpuan kerajaan sekarang adalah untuk meningkatkan kesedaran, oleh itu bajet kewangan harus banyak dilaburkan pada media- media sebagai medium penyampaian kepada rakyat..bla bla bla bla...[saje je merepek2]


<><><><><><><><><>><><><><><><><><><><>><><><><><><><><><><><><>><><><>

ada kisah seorang pelajar nak tukar bidang dari engineering ke social science. pada mulanya dia bertanya pada senior lantas senior berkata " dek,selama kitorang bertahun2 dekat sini, sesiapa yang nak tukar kos mesti result power atau teruk giler" hati pelajar itu agak kecewa sebab result dia di tengah2.. tanya pula pada pensyarah " sistem sini tak bagi tukar kos dah la awak tinggal lagi setahun setengah lagi..sistem ikut akta , sistem pendidikan, sistem dan sistem dan sistem".. akhirnya pensyarah buat kesimpulan "tak mungkin awak dapat tukar kos, alah awak belajar je la sampai habis, sambung master nanti tukar la suka hati awak".. pelajar itu tak ada passion pada engineering, dia boleh survive paksa diri tapi itu bukan apa yang dia minat..muktamad : dia bawak segala result dan segala surat sokongan tunjuk pada harapan terakhir dia iaitu dekan fakulti..dekan ni orang yang akan bagi kata putus.. setelah berbincang dengan pelajar itu selama 30 minit, dekan beri kelulusan pada pelajar itu untuk tukar kos sambil berkata " monkey and robots don't understand system, they are well trained and well programmed..but human is different we have heart and mind" ..

<><><><><><><><><><>><><><><><><><><><><><>><><><><><><><><>><><><><><><

Moral of the story : Letakkan sesuatu pada tempatnya..pemimpin yang baik ialah yang sedar kuasa yang diberikan adalah untuk membetulkan apa yang salah ..manakala pengikut yang baik ialah yang tahu memilih pemimpin yang benar.

No comments:

Post a Comment