Tuesday 10 May 2011

cayalah my brother- brother~

adik ada 3 orang abang yang pelik - pelik belaka.. teringat kenangan naik motor dengan abang bila balik sekolah.. ~




abang pertama adik pelik..tak banyak sangat cakap..tapi kalau cakap, ada aje idea lawak.." adik, sultan Melaka yang baru siapa?" adik pun beriya - iya tanya semua orang.. semua jawab.. " tak sure lah.." last tanya ayah yang ambil english education tu jawab " hishh..melaka sultan dah lari..dah tak ada sultan sekarang" pastu abang gelak kekek2 kat adik..kadang- kadang adik marah dengan abg. sbb abg tak suka bertukang...adik kata abg sengaja malas.. tapi sekarang baru adik tahu..kaki abg dulu pernah kena simen, tangan abg dah patah...abg tak boleh angkat barang berat - berat.. antara semua,abg paling banyak luang masa duduk sembang - sembang dengan ummi,jadi pendengar setia ummi..maaf sebab salah sangka dengan abg selama ini..

abang kedua adik pelik sangat.. yang mengajar adik mcm2 tentang haiwan.. dulu selalu tangkap belalang dengan dia,pastu dia senyap2 goreng dalam kuali bocor ummi..adik tahu abang pernah goreng macam- macam lagi.. tapi tak apa, tak ada orang tahu selain adik.. hihihi...dulu ada burung terbang sesat masuk rumah.. tengah - tengah terbang burung itu dia termasuk microwave.. dengan penuh semangat, abang tutup pintu microwave..pastu ON plug! akak tercengang " kenapa ko buat macam tu?" abang kata " aku saja nak test" ketika abang bukak microwave tu, burung tu dah mati kekejongan.. abang sedih sangat.. 3 hari 3 malam dia baca yasin kat burung tu..abang kata " aku tak sengaja".. adik marah abang tak duduk semenanjung tak tolong ummi ayah..sekarang baru adik faham, wang dan kerjaya bukan satu perkara yang mudah.. adik marah ingat abang sengaja duk jauh - jauh tak nak peduli ummi ayah,tp sekarang abang dah balik semenanjung.. sungguh, adik muda tak faham erti dewasa dulu..maaf sebab salah sangka dengan abang selama ini..

abang ketiga adik sangat berkepelikan.. adik ingat abang ajar adik solat express masa adik tak reti bacaan solat lagi..abang kata " tak apa, adik tak reti baca, adik ikut sahaja..bila berdiri adik kira 1 sampai 10, bila orang bengkok rukuk adik kira 1,2,3, bila sujud pun sama 1,2,3..jangan kira kuat-kuat,..kira dalam hati".. dulu masa abang muda- muda, abang paling laju tak nak jadi imam..adik selalu ejek dalam hati " lidah dia bergulung, sebab itu dia tak suka jadi imam..nanti bacaan salah - salah".. sekarang ternyata adik salah sangka lagi..abang sekarang selalu jadi imam, malah hafalan jauh lagi baik.. masa adik sibuk "berkawan", adik bersyukur ada abang yang mampu tengking dan herdik adik supaya adik sedar dari lamunan..

abang - abang memang tak banyak bercakap.. sebab tu sampai sekarang adik confuse..tetapi perbuatan diorang banyak menceritakan sebenarnya diorang sayang keluarga adik.. dan sesungguhnya pelajaran terbaik adalah dari perbuatan..

adik ucapkan terima kasih sebab memberi adik peluang mengenali 3 lagi kakak express dalam keluarga.. menambahkan bilangan kanak- kanak.. meraikan kepelbagaiaan warna dan personaliti dalam keluarga ini..

abang..tanggungjawab abang besar kan..nanti Allah tanya tanggungjawab dan hak ummi, mak mertua, isteri, adik beradik perempuan dan ahli keluarga terhadap abang.. abang kena tanggung dosa isteri, dosa anak gadis selagi masih bujang, dosa anak lelaki sehingga baligh.. adik faham abang banyak benda kena fikir..sebab tu tenang - tenang.. adik titipkan ayat di bawah khas untuk semua yang bergelar "abang"..

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka...... ( QS An-Nisaa' : 34)

".......Akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. Dan Allah Maha Perkasa
lagi Maha Bijaksana." (QS. Al Baqarah: 228)

"Kami tidak mengutus sebelum kamu, melainkan orang laki-laki yang Kami berikan wahyu kepadanya
diantara penduduk negeri...." (QS. Yusuf : 109)

2 comments:

  1. Nie abg yang ke-3 nak respond....

    Memula..Alhamdulillah..Mohon restu dankemaafan pada ummi dan ayah yang telah memberi dan mecurahkan segala kasih dan sayang yang infiniti nilainya...Semoga Allah mencucuri rahmat atas segala keringat-NYA..

    DEK, selagi jasad dikandung badan, selagi pintu taubat masih terbuka..Insyallah,sesame lah kita memanfaatkan saki baki duniawi yang sementara ini dengan ibadah2 dan amalan2 agar dicukupkan bekalan di SANA.

    bile dok kenang zaman awal baligh tu...ape yang paling kite TAKUT-kan?
    tak lain dan tak bukan insan yang bergelar AYAH...Kan2? kan..

    bile ayah balik keje, sume pakat jadi soleh dan menyolehkan...

    bile ayah pandang je..Aura tu dah membuatkan kite sedar akan kesalahan yang diperlakukan..

    Amazing! itulah Kelebihan lelaki agaknya..

    Tapi bab lawan-melawan,serahkan pada abg no-2, No doubt about him..hal ehwal haiwan ni memng no. satu, tak heran la bile kene flying kick tepat kat dada sampai melekat kat sliding door..biarlah rumah teres 3 bilik,no IM 2/10 bandar indera mahkota yang menjadi saksi..=)
    berbekalkan rm10, esok pagi balik jua dengan mountain bike... kalau nak story, memng terlalu byk pengajaran dan pengalaman bersama dia.. All kept fresh in mind. But still, he is what he is now...maybe his strenghten of fearness overcome himself and guide thru him along this journey of life.If he create problem and soon will come back to solve it.. I know my 2nd brother..If it happen to be to our child now, surely end up in the Lock-up or kes lari rumah.

    Abg yang ke-3 still steady and macho from the first time he had his hair cut in bold. from that day until now, i never ever seen he in skinhead. Maybe that was the last day!. He actually knows the do & dont in every jokes and issues raise, but much of them has the double meaning...dont play-play eeeeiii... he has different story while we grown up together. But,but,but...his fearness that i would never forgotten during the moment he saw the soldering iron touch his telapak kaki to recover from the 'ketuat'. A very2 creative method by ayah..hehehe..

    Now, all of us have our own judgement on who to fear...Absolutely not Ayah anymore..just only the -ONe and only..Allah..Allah..Allah S.W.T

    Looking back, non of us know why are we praying for, what are the holy quran capable of, why you sisters needs to cover ur hair..and a lot of other thing Ayah and Ummi very strict at...

    All is for ourself! to have our honesty for ALLAh in this wonderful life, "honesty is the best because life is a test"-ZAIN BIKHA-

    Yup! not a try n error....like my brother did...hehehehe...

    DEK..you are growing up! keep your momentum in this kind of way...

    Thanks!...

    ReplyDelete
  2. :-) zaid, reading your comment is one of the most greatest moment ever in my life.. thank you Allah for this great family i have..great parents,brothers and sisters..you all are my inspiration of life.

    ReplyDelete